Dengan bismillahku bermula. Bingkisan hati..
Buat Murobbi yang diuji,
Bukanku tak tahu bertapa beratnya hatimu,
Bukanku tak mengerti hebatnya kau diuji Ilahi,
Bukanku tak faham dasyatnya kau ditekan,
Tapi, jujur..nun jauh dilubuk imanku, itu yang terbaik untukmu,
Hari- hari yang dilalui, cukup melukai
Bukan kau sahaja yang merasai,
Aku pun sama dicalari,
Berita yang disebar tempoh hari, cukup menggegarkan iman. Tersepit aku antara iman yang lesu dengan nafsu yang melulu. Antara husnozon yang membumi atau su’uzon yang gah berdiri. Nasihat demi nasihat aku minta dari ikhwah, menenangkan hati yang sangat gelisah.
Air mata mengalir mengenangkan ujian yang bergulir. “Akh,moga kau tabah..”
Tergambar di benakku, padah-padah yang mungkin kau redah. “Akh, bagaimana jika kau dipenjara?!”
Dulu, hanya kisah khabbab yang kau kongsi. Kisah ammar yang kau lontar, agar kami sedar, bahawa iman itu sesuatu yang pasti diuji. Tapi, Semuanya lesap selepas sehari ……menjadi debu-debu teori.
Hari ini,baruku mengerti.. kaulah khabab, kau ammar, kaulah bilal!!
Siroh mula terasa sangat dekat dan rapat. “ya Allah..masukkanlah dia dalam golongan itu..”
Akhi, aku takut kalau kau tak mampu kali ini..air mata mengalir sepi. “Allah…bukanku tak tahu, engkau lebih tahu..tapi, ku mohon petunjukmu…”
Sepanjang malam, hatiku kaku terdiam. Seolah-olah ada yang cuba membaham. Lewat malam, tidurku berteman air mata yang kurang tenang.
Azan subuh cukup untuk kembalikan semua memori yang tadinya likup. “ya Allah, macam mane keadaan dia….hati bagai diseksa semula.”
Usai solat, terusku capai mukjizat.” Ya Allah….ujian apa yang kau berikan ini..” dengus hati yang tidak tenang.
Mukaku hadap, perlahan-lahanku baca…
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu mempergunjingkan sebagian yang lain….” (Al-Hujurat: 12)
Berkaca mata yang leka. Seolah-olah al Quran berbicara. Hati yang tadinya meninggi, saat ini rebah tak mampu berdiri.
“ya Allah, bukan kau tak tahu apa yang berlaku….
Bukan kau sengaja menduga jiwa untuk menyeksa…
bukan Kau tak tahu, sempitnya hati hambaMU itu..
ya Allah, maafkanlah aku kerana mencurigai urusanMu.
Bantu lah dia dalam urusannya.
Tingkatkanlah imannya….
AKu yakin, pasti akan kau ganti, dengan sesuatu yang jauh lebih suci.
Kuatkanlah dia dalam menghadapi segalanya.
Juahkanlah dia dari rasa putus asa kerana tiada apa yang menghalang pertolonganmu kecuali yang satu itu.
Ya Allah, ya al Mutakabbir….
La yukallifullahu nafsan illa wus’aha
Laha ma kasabat wa alayha maktasabat
Rabbana la tu akhidhna in nasina au akhta’na
Rabbana wa la tahmil alayna isran kama
Hamaltahu alalladhina min qablina
Rabbana wa la tuhammilna ma la taqata lanabih
Wa’fu anna, waghfir lana, warhamna
Anta maulana fansurna alal-qaumil-kafirin
Allah, kalaulah bukan kerana cintaMu padanya, aku yakin…
pasti tiada ujian seberat itu..














